Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira, 45, akhirnya memilih penyanyi Shahir Zawawi, 31, untuk ditampilkan dalam muzik video single terbarunya, Menangkah Cinta.
Menurut Erra, pemilihan Shahir untuk membintangi muzik video lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Iman Imran ini dilakukan selepas berbincang dengan semua pihak.
"Pada awalnya, nama Datuk Awie terlintas dalam fikiran saya untuk membintangi muzik video ini memandangkan kami mempunyai sebuah projek bersama tahun hadapan.
"Namun begitu, jadualnya tidak mengizinkan. Jadi, saya berbincang dengan beberapa pihak lain seperti pihak pengurusan dan pencipta lagu.
"Lalu, muncullah nama-nama lain seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Shahir dan Ungku Ismail. Akhirnya, kami bertanyakan kepada Shahir dan Ungku.
"Pada mulanya, Shahir tidak dapat memberikan komitmen kerana ada urusan lain. Ungku pula bersetuju tetapi atas masalah jadual, dia tidak dapat membintangi muzik video itu. Akhirnya, Shahir menghubungi kami semula dan dia menerima tawaran terbabit," katanya.
Erra ditemui di majlis sidang media pelancaran muzik video Menangkah Cinta di New World Petaling Jaya Hotel pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan hubungan Erra dan Shahir sudah tamat semenjak Januari lalu.
BACA: Akui Hubungan Dengan Shahir Dah Berakhir, Erra Fazira Bakal Tunai Haji
Namun begitu, mereka masih mengekalkan hubungan baik dan tidak bermasam muka.
Tambah Erra, muzik video ini diarahkan sendiri oleh Hafiz Hamidun dan proses penggambarannya berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Penggambaran dijalankan di Pulau Meranti, Cyberjaya dan berjalan lancar.
"Saya sendiri tak sangka Shahir menerima pelawaan ini. Pada mulanya, saya ingat dia nak tolak. Sebenarnya, saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan Shahir, sudah hampir setahun," katanya lagi.
Menangkah Cinta boleh didengari di semua platform penstriman digital dan muzik video single ini boleh ditonton di saluran YouTube Erra Fazira VEVO.
Kamaruddin Razal
Thu Oct 10 2019
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.