Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Sebulan Aku Tak Balik Rumah Memang Betul, Tapi..." - Suami Nadya Syahera Komen Isu Curang

Kamaruddin Razal
22/06/2019 09:59 MYT
Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi mengakui dia tidak pulang ke rumah selama sebulan.

Menurut Fizul, dia sibuk berniaga di tiga buah negeri pada bulan Ramadan yang lalu.

Fizul berkongsi cerita di laman Instagram miliknya selepas Nadya mendakwa suaminya berlaku curang dengan adik pengasas produk kosmetik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

okay isu sebulan aku xbalik rumah mmg betul tapi korg kena tahu yg masa bulan puasa aku berniaga di 3 negeri selangor,kelantan dan terengganu. mmg xsempat nk balik sbb terlalu busy. siang berniaga di bazar ramadan mlm berniaga pulak di starvilion gong badak mmg xsempat nk balik. siap2 kemas pun jam 4pagi mlm raya. yg xtahu cerita lebih baik diam. itu shj. dan kami xgaduh pun. tp bila dah viral jujur aku jd serabut. ni angkara mulut isteri aku dan wartawan. hingga melibatkn fmly mmg aku jadi xtentu arah. mmg serabut. doa baik2 sy syg keluarga terutamanya anak2 @aleenarose_ dan @dayyanfn .

A post shared by FN®? (@fizulnawi_) on


"Okay isu sebulan aku tak balik rumah memang betul tapi korang kena tahu yang masa bulan puasa aku berniaga di tiga negeri Selangor, Kelantan dan Terengganu.

"Memang tak sempat nak balik sebab terlalu busy. Siang berniaga di bazar Ramadan, malam berniaga pulak di Starvillion Gong Badak.

"Memang tak sempat nak balik. Siap-siap kemas pun jam 4 pagi malam Raya," tulis Fizul.



Tambah lelaki itu, kepada mereka yang tak tahu cerita sebenar, lebih baik untuk tidak memberikan sebarang ulasan.

"Yang tak tahu cerita lebih baik diam. Itu sahaja dan kami tak gaduh pun. Tapi bila dah viral, jujur aku jadi serabut.

"Ni angkara mulut isteri aku dan wartawan. Hingga melibatkan family memang aku jadi tak tentu arah. Memang serabut.

"Doa baik-baik. Saya sayang keluarga terutama anak-anak @aleenarose_dan @dayyanfn," tulisnya.

BACA: "Hampir Sebulan Dia Di Sana Kononnya ....." - Nadya Syahera Dedah Suami Curang Dengan Adik Kepada Pengasas Produk Kosmetik Terkenal

Sebelum ini, Nadya mengakui rumah tangganya bersama suaminya sedang berantakan.

Nadya mendakwa suaminya curang setelah mendapat bukti bergambar bahawa lelaki itu menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan.

Gadis itu dikatakan adik kepada seorang pengasas produk kosmetik popular.
#Nadya Syahera