Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sebulan Dirikan Rumah Tangga, Syasya Rizal Muncul Dalam Sebuah Video Temu Bual Bersama Suami

Firdaus
25/05/2024 02:55 MYT
Bekas anggota Dolla, Syasya Rizal buat kali pertamanya ditampilkan dalam sebuah video temu bual bersama suami setelah sebulan mendirikan rumah tangga.

Kongsi Cerita Tentang Busana Perkahwinan

Menerusi entri TikTok yang dimuat naik oleh jenama tekstil terkenal Malaysia, pasangan tersebut menceritakan tentang bagaimana pemilihan busana perkahwinan mereka dilakukan.

“Pada awalnya kami nak warna putih, tapi kami tukar fikiran kami nak warna biru pula. Pada awalnya rasa mustahil juga sebab last minute, tetapi tidak.

“Lepas dengar cadangan daripada stylist, saya sangat seronok sebab dia tahu saya punya citarasa. Dia terus reka baju on the spot dan saya terus jatuh cinta dengan rekaan tersebut,” kongsinya.

undefined
Penampilan Syasya buat julung kalinya bersama suami itu turut meraih perhatian netizen di mana rata-rata memberikan komen positif terhadap pasangan berkenaan.

“Comelnya dua orang ni!”

“So sweet!”

“Sweetnya Masya-Allah.”

"Mendadak berubah jaga aurat...

Dalam pada itu, ada juga segelintir yang terpesona melihat pemakaian Syasya yang kini bertutup menjaga aurat.

“Comel Syasya berhijab, MasyaAllah,”

“Macam orang lain. Mendadak berubah jaga aurat. Bagusnya,”

“Alhamdulillah doakan untuk Syasya dan suami yang terbaik, InsyaAllah.”

BERITA TRENDING: Syasya Rizal Sudah Mendirikan Rumah Tangga?

Terdahulu, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada April lalu.

PILIHAN PEMBACA: Syasya Umum Nikah, Ada Peminat Happy & Ada Yang ‘Kecewa’ – “Itu Bukan Green Flag”

Tidak lama selepas itu, penyanyi berusia 23 tahun itu mendedahkan bahawa dirinya telah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan yang hanya dikenali sebagai Nas.

Sumber: TikTok

#Penyanyi #Selebriti #Suami #hiburan #DOLLA #Syasya Dolla #Syasya #Syasya Rizal #Atis
;