Terkini

Syasya Umum Nikah, Ada Peminat Happy & Ada Yang ‘Kecewa’ – “Itu Bukan Green Flag”

gempak
Umirah Halim
22/04/2024
01:00 MYT
Sponsor Banner
Syasya Umum Nikah, Ada Peminat Happy & Ada Yang ‘Kecewa’ – “Itu Bukan Green Flag”
Spekulasi mengenai status terkini bekas anggota kumpulan DOLLA, Syasya akhirnya terjawab baru-baru ini apabila dia kini sah bergelar isteri.

Reaksi netizen

Sementara itu, menjengah ke laman sosial media pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet.
Ada yang menyokong dan ada juga yang seperti mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh wanita berumur 23 tahun itu.
Malah, ada juga yang menyifatkan tindakan Syasya itu sebagai sebuah pengorbanan yang besar kerana telah memilih untuk meninggalkan kariernya sewaktu berada di kemuncak populariti hanya untuk seorang jejaka.
Antara komen yang diterima:
“Syasya berhak untuk bahagia dan korang bukanlah seorang peminat K-Pop yang menjaga idol, kalau tak bagi idol korang ada pasangan.
“Sebenarnya undur diri daripada karier masa tengah tengah di kemuncak populariti semata untuk lelaki adalah satu effort yang besar. Kalau laki dia tak appreciate tak tahu lah.
“Dah agak dah sebab lelaki. Biasa la, perempuan memang boleh berubah drastik sebab cinta. Segalanya untuk orang tersayang,” komen beberapa netizen.

Komen netizen

Sementara itu, ada juga netizen yang mendakwa gara-gara seorang ‘lelaki’ menjadi punca perpecahannya kumpulan DOLLA.
“Itu bukan green flag, itu maksudnya lelaki yang dia kahwin tu kaki kongkong, tapi aku mampu tengok dari jauh tengok pengakhiran nanti haha.
“Harap berbaloi, pilih lelaki daripada peminat, lol.
“A man ruined Dolla. By the way takpe asalkan Syasya happy.
“Kalo laki dia buat hal, suh C-fans attack je. Memang tak selamat dah,” komen beberapa netizen.

Syasya nikah

Terdahulu, berita pernikahan Syasya menamatkan tanda tanya orang ramai mengenai punca sebenar dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan DOLLA pada awal April lalu.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan daripda Syasya mengenai identiti jejaka pilihannya itu.

Berita Trending: “Rancangan Mendirikan Rumah Tangga Antara Faktor Pengunduran Syasya Daripada DOLLA” – Pengarah Urusan Universal Music Malaysia

Berita Trending: Syasya Rizal Sudah Mendirikan Rumah Tangga?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024