Laman Utama
“Secara Peribadi Saya Nak Satukan Semula Tapi…” - Mamat Sepah Rindu Nak Duduk Semeja Dengan Jep & Shuib
Pernah bersama dalam satu kumpulan dan berjaya memenangi program realiti, pelawak Mamat Sepah mengakui dia berasa rindu dengan dua orang sahabatnya iaitu Jep dan Shuib.
Sebagai rakan, sudah tentu Mamat ada memasang niat untuk menyatukan kesemua anggota Sepah dan berharap impiannya itu bakal menjadi kenyataan biarpun agak sukar.
“Saya sebagai orang yang kumpulkan mereka dengan beberapa orang sahabat lain, kita berkumpul dalam 2006 macam itu. Kita bawa satu azam yang besar, sehingga saya pun fikir akademi saya tinggalkan.
“Sebab saya fikir nak masuk dalam bidang ni (seni). Bila kita dah masuk dalam bidang ini, Allah beri rezeki kemenangan. Sekarang semua dah level jutawan, Alhamdulillah saya sangat gembira dengan impian kita.
“Tapi bila terjadinya isu macam ini, isu berpecah, isu yang berbangkit… saya tak sangka benda ini akan berlaku. Secara peribadi saya nak satukan semula tapi semuanya agak sukar dalam keadaan sekarang.
“Tapi mungkin satu hari nanti, benda ini berlaku, dipersatukan semula… saya tidak menolak. Saya memang suka. Buat masa sekarang masing-masing sibuk dengan kehidupan mereka, tak rasa akan bersatu dalam masa terdekat,” katanya kepada Gempak.
Must-Watch Video