Nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona meraih perhatian netizen gara-gara perbezaan pendapat dengan bapanya.

Hal ini tercetus gara-gara kenyataan Azhar mengenai Hamas dan percanggahan pendapat mengenai polemik yang berlaku di Gaza.

Menurut Leona, pandangan bapanya berbeza dengan dirinya, selain menekankan yang dia menentang dengan tegas terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Masjid Al-Aqsa

Leona turut menambah, sebagai seorang individu yang pernah melawat Palestin, ‘matanya’ sentiasa terbuka dengan apa yang berlaku terhadap negara itu, sungguhpun sebelum polemik kekejaman Israel bermula pada Oktober tahun lalu.



Selain daripada itu, Leona turut berkongsi yang seorang wanita Palestin pernah berpesan kepadanya supaya tidak berhenti daripada bercakap tentang mereka kepada dunia.



Terdahulu, gerakan Blockout 2024 yang bermula di Amerika Syarikat (AS) tiba ke Malaysia, dengan satu tujuan sama iaitu memberi peringatan kepada selebriti dan pempengaruh untuk menggunakan platform media sosial supaya bersuara mengenai kekejaman Israel.

Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Terkejut Netizen Tegur Pelat, Azhar Sulaiman Respons - “Leona Macam Ni Sebab Ianya Adalah Sejenis Penyakit Keturunan”

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman Nafi Tumpang Populariti Kasih Iris Leona - “Itu Cara Saya Menegur Dalam Bentuk Jenaka”