,
Laman Utama

“Sedap! Dia Guna Bahan Berkualiti Tau, Makan Pun Puas Hati” - Didakwa Harga Mahal, Netizen Backup Chef Ammar

Mya Amri
08/04/2022
06:23 MYT
Nama cef terkenal iaitu Chef Ammar tiba-tiba menjadi tular di media sosial berikutan dakwaan harga makanan yang dijualnya mahal berbanding peniaga lain.
Chef Ammar bagaimanapun tampil menjelaskan tentang perkara itu menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TikTok
Menurut Chef Ammar, niatnya meniaga sangat ikhlas dan setiap bahan yang digunakan untuk memasak hidangan nasi arab adalah premium dan berkualiti tinggi.
Selain bahan, tempat dan bekas memasak jugak turut dititik beratkan oleh Chef Ammar untuk memastikan kualiti hidangan berada pada tahap paling memuaskan.
“Ini minyak sapi berkualiti. Ayam pula diletakkan dalam bekas stainless steel, bukan atas lantai. Ini semua ada proses. Bukan marah tapi saya nak bagi clear,” kata Chef Ammar.
@momomqms Reply to @basitbroga5039 ♬ original sound - Mr.Momo
@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok ♬ original sound - Mr.Momo
Dalam pada itu, rata-rata netizen juga bersetuju dengan Chef Ammar dan ada yang pernah membeli hidangannya berulang kali kerana kualiti makanan terpelihara.
Kata mereka, harga mahal tidak mengapa asalkan makanan yang dibeli sedap, puas hati dan berbaloi sama seperti masakan Chef Ammar.
Terdahulu, Che Ammar sememangnya terkenal dengan masakan Timur Tengah yang lazat. Antara hidangan popularnya adalah Nasi Mandi Lamb Shank dan Nasi Mandi Ayam.
Sepanjang Ramadan, Chef Ammar membuka perniagaannya di bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam dan USJ 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"

gempak
15/10/2024
14:18 MYT
Foodie Hawker Awards 2024, sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia, bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.
Hiburan

Selepas Tular Cium Doh Makanan, Pekerja Auntie Anne’s Didakwa Ada STD?

gempak
10/10/2024
04:25 MYT
Selepas isu mencium doh makanan, pekerja premis pretzel terkenal di cawangan pusat beli-belah, Auntie Anne’s didakwa mempunyai penyakit ke­lamin (STD).
Hiburan

Haliza Maysuri Tunjuk Cara Sebenar Makan Caviar, Beri Pesanan - “Jangan Main Order Saja, 100g Je Dah Dekat RM1,000”

gempak
06/10/2024
08:25 MYT
Usahawan dan jutawan tudung Bawal Exclusive Haliza Maysuri menjadi perhatian netizen selepas berkongsi cara-cara menikmati juadah mewah iaitu Kaviar.
Viral

Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "

gempak
26/09/2024
08:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membuat ulasan berkenaan perniagaannya hanya untuk meraih perhatian di laman sosial.
Viral

Ramai Terkejut Peniaga Jual Aiskrim Malaysia Sampai RM6 Sebatang! - "Seriuslah Masuk Event Terus Naik Harga?"

gempak
23/09/2024
03:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu menzahirkan rasa kecewa dan terkejut melihat harga jualan tidak masuk akal aiskrim Malaysia di sebuah festival.
BorakSeeni