Jika anda gemar menikmati ayam geprek atau lebih dikenali sebagai ayam penyet, kini anda boleh buat sendiri di rumah.

Personaliti media sosial, Khairul Aming telah memuat naik sebuah video resipi terbarunya itu di laman Instagram.

Menerusi video tersebut, Khairul menunjukkan resipi yang mudah dan ringkas untuk menyediakan hidangan ayam yang berasal dari Indonesia itu.

Bahan-bahan (untuk ayam goreng)

• ½ ekor ayam
• Garam
• 1 kotak kecil Tepung Bestari
• 2 biji telur

Bahan-bahan (sambal)

• 4 biji bawang merah
• 4 biji bawang putih
• 6 cili merah
• 13 cili padi

Cara-cara memasak:

Ayam Geprek ???? . . Bahan2/Ingredients: (Ayam Goreng/Fried Chicken) ?1/2 ekor ayam (1/2 whole chicken) ?Garam (salt) ?1 kotak kecil tepung Bestari (1 small box Bestari flour). You can also use other pre-mix flour for fried chicken ?2 biji telur (2 eggs) . .(Sambal) ?4 biji bawang merah (4 shallots) ?4 ulas bawang putih (4 cloves garlic) ?6 cili merah (6 red chillis) ?13 cili padi (13 thai chillis) . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #ayamgeprek #ayam #sambal #spicyfood #spicy #chicken #friedchicken

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dilihat cukup terliur dengan resipi tersebut dan ramai yang tak sabar untuk mencuba.

Dalam masa 24 jam video tersebut dimuat naik, ia telah mendapat hampir 1.1 juta tontonan.

September lalu, Khairul meraikan dua juta pengikut di laman Instagramnya.

Selain pandai memasak, dia gemar menggunakan unsur jenaka dan percakapanyang bersahaja dalam setiap video masakan yang dikongsi di laman sosial.