Menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, pengacara Shuk Sahar dilihat terbang ke Sandakan, Sabah bagi bertemu dengan anak-anaknya, Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

Hal ini kerana, selain tidak sempat bertemu sejak Ramadan, Shuk turut tidak dapat merayakan kedatangan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan dua puteri kesayangannya itu.

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)


Melepaskan rindu dengan anak-anak, Shuk turut memuat naik gambarnya bersama Ain dan Aimi dengan kapsyen yang berbunyi: “Baru ku sedari it’s about family,” tulisnya.

Tulisan Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Mungkin disebabkan polemik rumah tangganya bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Rossa Sera yang tidak berkesudahan, pengguna media sosial seolah-olah memerli kembali Shuk di ruangan komen.

“Sedar sekarang lepas tu buat balik dan begitulah seterusnya.”

“Kesian anak-anak kecik lagi keluarga dah kucar-kacir. Pentingkan nafsu anak-anak jadi mangsa."

“Apa-apa pun Shuk, anak-anak tu perlukan kau! Berubah kerana Allah bukan kau sebut berubah tapi kau masih pusing jalan salah!”

“Apabila sesuatu berlaku pada rumahtangga anda, kembali pada Allah dan check balik solat 5 waktu, perbaiki dan upgrade solat kita. Insya-Allah, moga Allah bawa kita ke landasan sebenar.”

“Jadilah seorang ayah yang bertanggungjawab. Lupakan keseronokan dunia, walaupun syaitan tu suka menghasut. Pucuk pangkal hati awak. Jangan biar nafsu yang mengawal hati dan fikiran mu dik.”

Sebelum ini, Shuk beberapa kali ditangkap berkelakuan curang dengan isterinya namun atas dasar sayang dan masa depan anak-anak, isterinya memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukannya.

Shuk dan isteri mendirikan rumah tangga apada 2015.