gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tak Tahu Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Antara Alasan Popular - JPJ
BERITA
Lelaki 75 Tahun Mahu Cerai Isteri Kerana Jatuh Cinta Dengan Wanita AI
VIRAL
Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend S-Line, Menggigil Baca Ramai Buka Aib - “Nampak Seperti Gurauan, Hakikatnya Bawa Kerosakkan Akhlak & Maruah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sedar Belum Setanding K-Pop, Alpha Jadikan BTS Sebagai Inspirasi - “Memang Terlalu Jauh Sebenarnya…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
23/07/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Sedar Belum Setanding K-Pop, Alpha Jadikan BTS Sebagai Inspirasi - “Memang Terlalu Jauh Sebenarnya…”
Kumpulan lelaki sedang meningkat naik iaitu Alpha mengakui mereka masih di peringkat awal perjalanan seni dan sedar perbandingan antara industri K-Pop dan M-Pop masih belum setara ketika ini.
Menerusi perkongsian video di TikTok, juara Big Stage Alpha, Ariel, mereka menyedari jurang antara industri muzik Korea Selatan dan Malaysia sangat besar, namun mereka melihat perkara itu sebagai cabaran untuk terus maju.
“Kalau orang bandingkan K-Pop dan M-Pop, memang terlalu jauh sebenarnya. Tapi kami sendiri sedar dan ‘aware’ dengan kemampuan kami sekarang sebab kami baru nak bermula.

“Tapi kalau semangat kami kuat dan kami bertahan lama dalam industri, saya percaya kita boleh capai tahap seperti K-Pop yang benar-benar kukuh, macam BTS contohnya. Memang bukan sekarang, tapi kami dalam perjalanan ke arah itu,” katanya.

Pada masa sama, ketua kumpulan Alpha, Daniel Sher turut berkongsi salah satu sebab peminat menyokong mereka adalah kerana tertarik dengan cara mereka ‘bonding’ bersama ahli kumpulan yang lain serta perkembangan mereka dalam industri muzik di Malaysia.

“Ramai orang suka tengok cara kami membesar, cara kami saling menyokong antara satu sama lain. Itu semua sebahagian daripada proses kami sebagai sebuah kumpulan.

“Kita semua manusia, kita tak dilahirkan sempurna. Kita akan berkembang dari masa ke masa. Dan pastinya, satu hari nanti kami nak bawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.

BERITA BERKAITAN: Tanpa Kontroversi, GV11 & Big Stage Alpha Tetap Berjaya Curi Hati Penonton - "Mereka Ajar Kita Erti…"

BERITA BERKAITAN: Terima Sambutan Luar Biasa, Alpha Janji Lebih Banyak Lagu Akan Menyusul - “Takkan Kita Diam Dek…”

BERITA BERKAITAN: Raih 100K Tontonan Dalam 2 Hari, Alpha Jumpa Peminat Tanda Terima Kasih

BERITA BERKAITAN: Kurang 24 Jam! MV Monalisa Raih Lebih 50,000 Tontonan - “Percayalah Satu Hari Nanti Alpha Akan…”

Topic Berkaitan
#K-Pop
#BTS
#Inspirasi
#Rizal Rasid
#Alpha
#Daniel Sher
#Ariel Fesol
#Araff
#Afiq Sky
#Izat Ibrahim
#Rayy-D
#Setanding
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement