Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah
Umirah Halim
28/04/2024 06:55 MYT
28/04/2024 06:55 MYT
Lama mengunci mulut walaupun namanya hangat diperkatakan sejak ditangkap khalwat bersama suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz, aktres sensasi, Ruhainies tampil memberikan penjelasan.
Menurut wanita berusia 31 tahun itu, dia hanya mahu berdamai dengan semua yang terpalit dengan kontroversi itu.
“Mungkin saya lama tak beri apa-apa kenyataan tapi saya ada alasan saya tersendiri.
“Saya nak berdamai dan tak nak ada apa-apa sengketa dengan Bella Astillah atau dengan sesiapa pun.
“Jadi saya ingin meminta maaf secara terbuka kepada Bella Astillah dan kepada semua yang terlibat dalam isu ini.
"Saya tahu saya berada di pihak yang salah, dari pihak Bella dia ada hak untuk menerima maaf ataupun tidak saya tidak memaksa.
“Saya harap semua pihak boleh memafkan saya dan mulakan hidup baru. Saya mengaku kesalahan saya memilih untuk tidak akan cerita apa-apa yang berlaku sebab saya tak mahu keruhkan keadaan.
"Niat saya ikhlas untuk memperbaiki hubungan saya dengan Bella dan saya harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Saya harap semua ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik.
“Saya juga bersedia untuk berjumpa Bella bersama-sama untuk selesaikan masalah ini,”katanya menerusi satu temubual di sebuah program hiburan tempatan.
“Kalau ikut emosi mestilah saya nak cerita bagi pihak saya sebab there's always another two side of story tapi saya nak lupakan sengketa yang ada tidak perlu saya bercerita dan memanjangkan lagi.
“Saya ambil semua ini sebagai ujian, semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya, saya pun manusia biasa tak lari dari kesilapan.
“Saya tak mahu bercerita lagi menegakkan benang yang basah walaupun ada cerita disebaliknya lagi saya nak hentikan semua ini dan jernihkan keadaan ini,” tambahnya lagi.
Untuk info, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah
Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Terdahulu, wanita Sarah Yasmine tampil membuat pendedahan mengenai hubungan sulit Aliff Aziz dan NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Bukan itu sahaja, Sarah telah mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dan Aliff Aziz yang memaparkan mesej romantis, komplot jatuhkan Bella Astillah dan sebagainya.
Sumber: Melodi
Ruhainies khilaf
Ruhainies mengakui khilaf dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah.Menurut wanita berusia 31 tahun itu, dia hanya mahu berdamai dengan semua yang terpalit dengan kontroversi itu.
Sedia temui Bella
Malah, Ruhainies turut bersedia untuk bersua muka bersama Bella bagi memperbaiki sengketanya“Mungkin saya lama tak beri apa-apa kenyataan tapi saya ada alasan saya tersendiri.
“Saya nak berdamai dan tak nak ada apa-apa sengketa dengan Bella Astillah atau dengan sesiapa pun.
“Jadi saya ingin meminta maaf secara terbuka kepada Bella Astillah dan kepada semua yang terlibat dalam isu ini.
"Saya tahu saya berada di pihak yang salah, dari pihak Bella dia ada hak untuk menerima maaf ataupun tidak saya tidak memaksa.
“Saya harap semua pihak boleh memafkan saya dan mulakan hidup baru. Saya mengaku kesalahan saya memilih untuk tidak akan cerita apa-apa yang berlaku sebab saya tak mahu keruhkan keadaan.
"Niat saya ikhlas untuk memperbaiki hubungan saya dengan Bella dan saya harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Saya harap semua ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik.
“Saya juga bersedia untuk berjumpa Bella bersama-sama untuk selesaikan masalah ini,”katanya menerusi satu temubual di sebuah program hiburan tempatan.
Tak mahu panjangkan isu
Dalam pada itu, aktres tersebut turut memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihak nya setelah didedahkan Sarah Yasmine kerana tidak mahu memperlanjutkan lagi isu ini.“Kalau ikut emosi mestilah saya nak cerita bagi pihak saya sebab there's always another two side of story tapi saya nak lupakan sengketa yang ada tidak perlu saya bercerita dan memanjangkan lagi.