Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sedar Nama Dipetik Selepas Konsert Ajai, Nourul Depp Mohon Peminat Tak Buat Perbandingan - “Siapa Pun Boleh Menyanyi Lagu Keliru, Semua Ada Cara Tersendiri”

Asyikin Mayudin
09/08/2024 02:55 MYT
Menyedari namanya dipetik selepas Konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu, penyanyi Nourul Depp bagaimanapun berharap peminat tidak membandingkan cara penyampaian lagu duetnya bersama bekas suami.

Boleh Menyanyi Lagu Keliru

Nourul, 47, menerusi akaun TikTok miliknya memberitahu sesiapa pun dibenarkan untuk menyanyikan lagu Keliru dan karya duet Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas.

“Siapa pun boleh menyanyi lagu Keliru atau lagu-lagu duet komposer terkenal yang bernama Faizal Maas atau dikenali sebagai Ajai.

‘Semua ada cara tersendiri. Kita jangan banding-bandingkan,” kata Nourul.

Terima Kasih

Pada perkongsian yang sama, Nourul juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang masih menyokongnya sehingga kini.

“Terima kasih semua yang masih sokong manusia yang bernama Nourulhuda Ab Wahab atau Nourul Depp (nama keluarga laki (suami). Bukan nama laki ya),” ujarnya lagi.

Rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa rindu mendengar Nourul menyanyikan lagu yang popular sekitar tahun 2000.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Dedah Lagu Kesetiaan Bukan Asalnya Milik Arwah Siti Sarah - "Bila Dah Record, Saya Tak Dapat Kepuasan"

Menerusi konsert baru-baru ini, Ajai memilih penyanyi baharu, Aufahanie sebagai rakan duet bagi menyanyikan lagu Keliru dan Lagu Rindu yang pernah dipopularkan bersama Nourul.

Nourul dan Ajai mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2006, namun bercerai pada 28 Februari 2007.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata, Ayu Nazirah.

#Ajai #Nourul Depp #Aufahanie #Konsert Ajai #Lagu Keliru #Nourul lagu Keliru