Hiburan

“Sedekahkan Pada Arwah Papa...” - Sebak! Nora Danish Menangis Teresak-Esak Berjaya Khatam Al-Quran

Azwa Rahman
14/05/2020
09:39 MYT
Pelakon jelita Nora Danish bersyukur apabila berjaya khatam Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menerusi laman sosial Instagram, Nora memuat naik sekeping foto memeluk Al-Quran untuk tatapan umum.
“Ya Allah syukur alhamdulillah, mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir Ramadan.
“Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat niat nak khatam bertahun-tahun tersekat.

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan ? SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun ?? Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini ?SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji ? Aturan Allah ? Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, ? u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta? Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari ??‍♀️? Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan ?

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

“Terima kasih kepada pengikut yang mendoakan setiap kali saya kongsi perjalanan khatam. Perjalanan khatam ni juga tidak akan sempurna tanpa doa suami dan ibu tercinta. Suami yang banyak bersabar mendengar suara sumbang setiap hari. Ada hikmah PKP ni. Bagi saya, boleh fokus 110%,” tulis Nora sebagai kapsyen.
Malah, Nora turut berkongsi cara bagi orang lain yang mahu menghabiskan bacaan Al-Quran.
“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susah. Lama-lama lima muka surat jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya boleh cecah 150 muka surat satu hari.
“Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan mula mengaji. Berkat doa sungguh-sungguh lepas Subuh sampai menangis minta Allah beri jalan mudah untuk mengaji,” tulisnya lagi.
Tambah istimewa apabila momen berharga ini, Nora sedekahkan pada arwah bapanya.
“Nak sangat hadiahkan pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat dam ditempatkan di kalangan orang beriman. Ampunilah dosanya ya Allah. Terimalah bacaan hambamu yang tidak sempurna ini ya Allah,” luah Nora lagi.
Selain Nora, antara selebriti lain yang turut menggunakan kesempatan PKP untuk menamatkan bacaan Al-Quran adalah pelakon dan penyampai radio Siti Elizad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Hiburan

Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

gempak
18/07/2024
04:25 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.
Hiburan

Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

gempak
17/07/2024
03:02 MYT
Pelakon, Nora Danish menganggap hantaran Insta Story aktres Zarina Anjoulie merindui bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sebagai luahan seorang kawan yang merindui sahabat lamanya.
Hiburan

Nora Danish Sebak, Kongsi Detik Penghijrahan - “Kadangkala Malu Dengan Diri Sendiri, Masih Tak Berubah Walau Sering Dengar Ceramah Agama”

gempak
16/07/2024
11:55 MYT
Pelakon, Nora Danish mendedahkan hasrat untuk mengenakan hijab sudah tercetus sejak mencecah usia 40 tahun namun pada ketika itu hatinya masih berbolak balik.
Hiburan

Lalui Kehidupan Berbeza, Nora Danish Nafi Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami - “Tak Mengapa Jika Lihat Dia Bersama Wanita Lain Kerana…”

gempak
15/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Nora Danish menegaskan dia dan bekas suaminya iaitu Nedim Nazri tidak akan tinggal serumah memandangkan mereka bukan lagi suami isteri.