Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"

Firdaus
21/08/2024 13:25 MYT
Pempengaruh dan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, mendedahkan hasratnya untuk bergelar suri rumah tangga dan ibu sepenuh masa.

Idolakan Ibu Sendiri

Perkara itu dikongsikan oleh Leona semasa temu bual podcast Usanita di mana pempengaruh berusia 22 tahun itu menyatakan bahawa dirinya sentiasa mengidolakan ibu sendiri di samping mahu meninggalkan gelaran 'influencer' pada masa akan datang.

"Saya hanya nak menjadi seorang ibu. Mungkin tidak lagi seorang ‘influencer’...


"Saya hanya nak menjadi seorang ibu. Mungkin tidak lagi seorang ‘influencer’. Saya nak jadi ibu seperti ibu saya.

"Bila pergi keluar, bapa saya selalu sibuk dengan penggambaran tetapi ibu saya selalu ada. Bukan bapa saya tak ada, tapi dia terpaksa bekerja. Saya sangat mengidolakan ibu saya dalam hal tersebut," katanya.

Bercerita lebih lanjut tentang perancangan masa hadapan, Leona mengakui bersedia untuk berkahwin selepas tamat pengajian.

"Sejujurnya saya ada beritahu ibu bapa saya selepas habis belajar di universiti, saya nak kahwin.

"Saya akan habis pengajian tahun hadapan tetapi saya masih belum ada sesiapa untuk berkahwin.

"Tapi saya selalu berfikir saya dah bersedia nak jadi seorang isteri dan ibu. Saya tak kisah kahwin pada usia muda," kongsinya.
undefined

BERITA TRENDING: Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

​BERITA TRENDING: Didakwa Hangat Bercinta, Leona & Gabriel Prince Tampil Ulas Status Hubungan Terkini - "Sebenarnya Kami ..."

BERITA TRENDING: Isu Dakwaan Rampas Kekasih Leona Masih Dipersoal Umum, Cupcake Aisyah Mohon Semua Move On

​BERITA TRENDING: Leona Dah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid - “Yang Tebal Itu Adalah Lemak, Saya Tak Sakit!”

Terdahulu, Leona mengakui sukar untuk menemui pasangan hidup yang sesuai kerana dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi namun tidak mementingkan rupa paras seseorang itu.

Sumber: TikTok
#Viral #Tular #Ibu #Azhar Sulaiman #Influencer #Suri Rumah #Kasih Iris Leona #Leona
;