Pelakon Jasmine Suraya tidak menolak sekiranya perlu untuk dia melakonkan babak panas dalam filem atau drama.

Jelas Jasmine, dia sanggup melakonkan aksi itu sekiranya ia benar-benar memberikan kesan terhadap naskhah lakonannya.

"Ya, saya akan berlakon babak tersebut sekiranya ia wajar dan memberikan impak," tulisnya menerusi Instagram Stories.



Dalam sesi soal jawab bersama peminat itu, Jasmine ditanya tentang kesediaannya untuk melakonan aksi panas dalam filem atau drama.

Selain itu, tambah Jasmine sekiranya diberikan pilihan, dia ingin berlakon babak panas itu bersama aktor Remy Ishak.

"Jika saya perlu pilih, saya akan pilih Remy Ishak untuk melakonkan aksi itu dengan saya," katanya berseloroh.