Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

"Sedih Meninggalkan Title Janda" - Fasha Sandha

Rozaimi Zubaidi 21/03/2019 | 06:10 MYT
Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa sedih apabila bakal meninggalkan statunya sebagai seorang Janda tidak lama lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), berkongsi perasaannya itu sehingga mengundang pelbagai komen daripada pengikutnya.
"Sedih meninggalkan title Janda. Wanita Hari Ini Sekarang," tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen rata-rata berharap hubungan kekeluargaan yang bakal dibina nanti bersama tunangnya, pelakon Aidil Aziz akan kekal selamanya.
Fasha dan Aidil telah mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon #Aidil Aziz