HIBURAN
“Sedih Orang Kata Saya Buat Gimik…” - Aliff Syukri Siap Tunjuk Bukti, Memang Pindah Ke Bangunan Yang Lebih Besar
Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mengatakan dirinya hanyalah sekadar orang yang gemar membuat gimik.
Bukan gimik, siap tunjuk bukti
Aliff berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun kata Aliff dakwaan itu sama sekali tidak benar dan menunjukkan bukti bahawa dia memang berpindah ke sebuah gudang demi keselesaan para pekerjanya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan dirinya sedang membersihkan sebuah gudang sebelum memindahkan barang-barang produk miliknya.