Taman Aktiviti Angry Birds yang terletak di bangunan Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC) akan ditutup pada 5 April ini.

Berita yang mendukacitakan itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB) Angry Birds Activity Park Johor Bahru, pada Selasa.

“Selamat tinggal. Segala sokongan dan pengalaman selama enam tahun menakjubkan bersama anda amat kami hargai.

“Dukacita dimaklumkan Angry Birds Activity Park Johor Bahru akan menutup tirai operasi kami secara rasminya pada 5 April ini,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, penutupan taman tema tertutup itu disebabkan kesan pandemik Covid-19.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penutupan taman tema kanak-kanak dan keluarga itu.

"Hmmm...Sedih tiga tahun berturut-turut sebelum Covid-19, nyebrang dari Indonesia ke Johor cuma nak pegi bawa anak main ke angry, rencana setelah pandemik nak berkunjung lagi, semoga ada pencerahan dan bisa buka lagi. Tempat paling sedap buat anak-anak main:disappointed_relieved:," komen 'Noven Novra Silvia'.

“Ya Allah sedih nya…Tempat ni seronok betul. Aku yang mak orang pon happy tau kt situ..Mainan dia best-best, puas hati. Makanan pun sedap murah, staff ramah, tmpt luas dan bersih. Gonna missed this place,” tulis Noratikah Keman.

“Baru pergi last week...Hope one day will reopen again...Thank you Angry Birds,” kata Nurul Syahida Adnan.

Taman tema Angry Birds pertama di Asia Tenggara dengan keluasan 26,000 kaki persegi ini mula beroperasi pada 31 Oktober 2014.

Bagaimanapun sebelum menamatkan operasi, taman tema berkenaan memberikan promosi kepada pengunjung sehingga 25 Mac ini.