Sedihnya... Bapa Botakkan Rambut, Tak Mahu Anak Hidap Kanser Rasa Keseorangan
Hanafis Haris
25/10/2019 10:42 MYT
25/10/2019 10:42 MYT
Besarnya pengorbanan seorang ayah, itulah yang mampu diungkapan atas tindakan seorang bapa yang mencukur rambut bagi menghiburkan anaknya yang menghidap kanser tulang.
Perkara itu dikongsi oleh Mohd Fadhli Othman menerusi satu posting di Facebooknya.
Menurut Fadhli, kanak-kanak tersebut merupakan anak kepada rakannya iaitu Jeffri Senin.
Menurutnya, anak perempuan Jeffri iaitu Rayyana, 9, kini sedang menerima rawatan kemoterapi.
"Dalam jadual, Rayyana akan melakukan kemoterapi sebanyak 14 kali, tiga minggu sekali selama setahun. Kemoterapi ni orang kata panas.
"Adik Rayyana telah menjalani kemoterapi yang kali pertama rambutnya telah mula gugur dan kepalanya botak. Paling aku sayu dan terkesan bapanya turut membotakkan kepala," katanya.
Jelas Fadhli lagi, dia yakin tindakan sahabatnya itu adalah untuk menghiburkan anaknya supaya Rayyana tidak berasa keseorangan.
"Dia mahu anakanya itu rasa ada geng botak bersama. Sungguh besar pengorbanan kau bang," katanya.
Menurutnya, dia mendoakan supaya Jeffri dan isteri terus kuat dan tabah.
"Kepada adik Rayyana, percayalah seluruh rakyat Malaysia yang membaca ini sedang mendoakan adik abang comel ini.
"Kepada rakan dan follower saya yang ingin menyumbang apa sahaja, boleh terus hubungi ayah Rayyana, abang Jeffri Senin.
"Ayuh kita ringankan tulang membantu bersama. Hari ini hari mereka, esok lusa hati kita," katanya.
Anda boleh lihat posting tersebut di bawah: