Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sedihnya…Tuhan Mudahkanlah Urusan Mereka” - Netizen Titip Doa Buat Mereka Yang Terpaksa Pajak Barang Ketika PKPB!

Hanafis Haris
04/05/2020 21:56 MYT
Selepas 47 hari ‘berkurung’, semalam merupakan hari pertama rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi PKPB, premis perniagaan kini boleh beroperasi dan kenderaan persendirian pula boleh dinaiki hingga empat orang.

Namun, dalam pada ramai yang bergembira dengan perlaksanaan itu, terdapat juga yang bernasib malang apabila terpaksa menggadaikan barangan mereka.

Situasi ini dapat dilihat apabila gambar orang ramai sedang beratur di hadapan kedai pajak viral di media sosial terutama Twitter.



Difahamkan, gambar tersebut diambil di kawasan bandaraya Ipoh dan beberapa lokasi di Kuala Lumpur.

Susulan itu, ramai netizen yang melahirkan rasa simpati mereka terhadap apa yang berlaku.

“Tuhan, mudahkan urusan mereka. Hari pertama dibenarkan beroperasi, kebanyakan kedai pajak penuh. Moga baik-baik saja,” kata seorang pengguna Twitter.

“Ya Allah sedihnya tengok, dalam kita duk shopping ada orang sampai bergadai sana sini nak teruskan hidup,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Anda boleh lihat lagi antara reaksi netizen di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #PKPB #Pajak
;