Hiburan

"Segalanya Berubah Bila Ada Eidrees" - Anzalna Nasir Sambut Hari Lahir Ke-32... Happy Birthday!

gempak
Kamaruddin Razal
09/01/2020
02:44 MYT
Sponsor Banner
"Segalanya Berubah Bila Ada Eidrees" - Anzalna Nasir Sambut Hari Lahir Ke-32... Happy Birthday!
Pelakon cantik Anzalna Nasir atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir meraikan ulang tahun ke-32 hari ini.
Menerusi kemas kini akaun Instagram miliknya, aktres drama bersiri Memori Cinta Suraya ini mendedahkan sambutan hari istimewanya berubah selepas kedatangan anak, Mohamad Eidrees.
"Segalanya berubah bila ada @mohamadeidrees ? Dulu, mesti tunggu sampai 12 midnight sebab nak celebrate birthday.
"Semalam, 9 malam dah tidur sebab kena berjaga malam susukan anak. I am not complaining tapi sangat bersyukur. @mohamadeidrees lah yang ditunggu-tunggu selama ni," tulis Anzalna.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Arluna ini juga sempat bergurau dalam ucapan terbabit.
"Malam tadi suami @hanif_zaki kejutkan I, cium I di dahi dan mengucapkan selamat hari jadi kepada I tapi I pura-pura mengigau! Hahahahahahahahahahaha #9thJan," tulisnya lagi.
Anzalna mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024