Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sehari Tak Kardio Memang Tak Boleh” - Norman Hakim Tunjuk Cara Workout Mudah Dirumah

Mya Amri
03/06/2020 23:08 MYT
Pelakon Norman Hakim akui sedang menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam kehidupan.

Menurut Norman memandangkan prosedur (SOP) untuk gymnasium masih belum dikeluarkan, dia cuba melakukan aktiviti kecergasan dirumah dengan peralatan yang terhad.

“Cubaan tukar rutin jogging 3KM pastu workout sana sikit sini sikit sebelah malam pulak selepas dekat sebulan PKPB.


“Sebelum ni rutin jogging dan workout sebelah petang, sebelum Maghrib dah selesai dah. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja

“Yup saya jenis spesis satu hari tak cardio atau berlari memang tak boleh. Sekurang-kurangnta dalan sehari dapat 3KM pun jadilah.

“Ini sebahagian ‘norma baharu’. Sampai la ni untuk kecergasan sebab sampai sekarang tak keluar lagi SOP untuk gym.

“Harap-harap dapatlah dipercepatkan sebab semua tokey gym dan budak-budak trainer pun ramai yg cari makan dalam line ni,” tulisnya.

KASIH SLOWWW!!!??? . . Cubaan tukar rutin jogging 3KM pastu workout sana sikit sini sikit sebelah malam pulak selepas dekat sebulan PKPB.Sebelum ni rutin jogging & workout sebelah petang,sebelum Maghrib dah settle dah.So far so good?? . . Yup saya jenis spesis satu hari tak cardio@berlari mmg tak boleh.Atleast dlm sehari dapat 3KM pun jadi la.Jiran kiri kanan rumah lagi dasyat,pagi sebelum diorang pergi ofis jogging 5KM,balik ofis jogging lagi 5KM!Mmg tabik springlah! . . Ni sebahagian ‘norma baharu’ sampai la ni utk fitness sbb govt.sampai skrg tak keluar lagi SOP utk gym.Harap2 dpt la dipercepatkan sbb semua tokey gym dan dak2 trainer pun ramai yg cari makan dalam line ni?? . . P/S:Wifey @memeysuhaiza suh saya buat video workout pastu share.Korang rasa mcmana?Ada yg nak ke?

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Terdahulu, Norman memang dikenali sebagai antara artis yang menjaga penampilan dan sering melakukan aktiviti kecergasan.

#pelakon #Pelakon #Norman Hakim
;