Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan 'membebel' agak panjang di Instagram miliknya tentang bekas isteri yang tidak menjaga makan walaupun tahu mengidap kencing manis.

"Pagi-pagi dah ke hospital pi settle bill Janda nak operate tangan buat graft for her dialysis. Suruh jaga makan bertahun lamanya tak mau dengar nasihat saya or anak2.

"Kuat propa dan curi makan. Sejak ada Grab food ini main order aja macam Janda Kaya! Duda bulan2 pulak yang sedia kan allowance makan. Cekek la puas2," tulis Chef Wan.

Menurut Chef Wan, walaupun sering dinasihati oleh beliau dan anak-anak, bekas isterinya itu seolah-olah tidak mendengar nasihat mereka langsung.

"Kena tangkap curi makan anak2 bising mereka di salahkan pulak. Letih drama orang kencing manis ini. Tak serek2.

"Yang jadi mangsa kita la juga yang waste all this money for her medical bill and had wished she had taken care of herself better. Dah la full time duduk rumah jadi Puan Sri tak perlu kerja. Memang Janda bertuah kata emak!" tulis Chef Wan lagi.

Tambah Chef Wan, ianya bukanlah soal wang tetapi tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri membuatkan dirinya berasa geram.

"It's not about the money but its about all of us dah la busy mencari rezeki masing2 dan sibuk but now ada tanggungjawab for her dialysis cost, sending her to hospital 3 times a week and taking her back its exhausting.

"We want her to be happy and enjoy her life. Last 2 months she was hospitalised 3 times paru2 berair. Minum air tak jaga sukatan. Dah la sakit, jaga la makan dan minum itu," tulis Chef Wan.

Namun Chef Wan menganggap itulah cabaran hidup untuk dirinya. Malah selagi mampu, dia akan berkorban diri bukan sahaja menjaga emaknya, tetapi juga bekas isterinya itu.

Menurutnya lagi, orang luar hanya memandang dirinya tanpa mengetahui apa yang dilaluinya.

"Di dalam mereka menghina dan mencaci kita di belakang itu hari2 Allah kuat kan semangat diri saya serta di perluas kan pintu rezeki saya to inspire many more others to do the right things and put a smile on so many faces," tulis Chef Wan.

Morning! Pagi2 dah ke hospital pi settle bill Janda nak operate tangan buat graft for her dialysis. Suruh jaga makan bertahun lamanya tak mau dengar nasihat saya or anak2. Kuat propa dan curi makan. Sejak ada Grab food ini main order aja mcm Janda Kaya! Duda bulan2 pulak yang sedia kan allowance makan. Cekek la puas2. Kena tangkap curi makan anak2 bising mereka di salah kan pulak. Letih drama orang kencing manis ini. Tak serek2. Yang jadi mangsa kita la juga yang waste all this money for her medical bill and had wished she had taken care of herself better. Dah la full time duduk rumah jadi Puan Sri tak perlu kerja. Memang Janda bertuah kata emak! Ada orang cerai nak bagi susu anak pun susah ini kan kita bela janda kita selama 35 tahun penuh wang saraan serta rumah pun di beli kan. Itu pun tak pandai jaga diri at time geram rasanya. Its not about the money but its about all of us dah la busy mencari rezeki masing2 dan sibuk but now ada tanggung jawab for her dialysis cost, sending her to hospital 3 times a week and taking her back its exhausting. We want her to be happy and enjoy her life. Last 2 months she was hospitalised 3 times paru2 ber air...minum air tak jaga sukatan. Dah la sakit jaga la makan dan minum itu. Asyik melayan tembolok dan ini menyusah kan orang lain. Sesiapa yang jaga orang kencing manis cronic ni and dialysis can relate to me kan. Its all about habits old die hard! Tak pe la ini cabaran hidup saya. Selagi saya mampu buat kebaikan dan membantu manusia lain didalam kesusahan saya akan korban kan lah mana yang saya mampu. Life is indeed a huge challenge nak jaga Jandan dan emak pun and life is indeed one huge sacrifies pun. Some people only know how to judge me sahaja tetapi jika berada in my shoes i bet many cannot do it. Tak usah kata nak jaga nasib ibu dan bapa, janda atau rumah2 anak2 yatim dan rumah org2 tua dan yang cacat nak jaga diri sendiri dan sikap masing2 pun belum tentu lagi. So never judge the book by its cover. Didalam mereka menghina dan mencaci kita di belakang itu hari2 Allah kuat kan semangat diri saya serta di perluas kan pintu rezeki saya to inspire many more others to do the right things and put a smile on so many faces.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on


Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkahwin dengan Norhayati Ayub pada tahun 1982. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai selepas tiga tahun bersama. Mereka memperolehi dua orang anak iaitu Mohd Nadzri dan Serina hasil daripada perkahwinan tersebut.