"Sejak Pregnant, Kerap Sekali My Mother In Law Buatkan..." - Anzalna Nasir
Kamaruddin Razal
23/03/2019 06:24 MYT
23/03/2019 06:24 MYT
Pelakon cantik Anzalna Nasir bersyukur kerana mempunyai seorang ibu mentua penyayang yang melayan dirinya sama seperti anak sendiri.
Anzalna berkongsi perkara terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Pelakon drama bersiri Dendam Aurora itu memuat naik video majlis doa selamat yang diadakah oleh ibu mentuanya.
"Not every mother and daughter-in-law have a disastrous relationship. I’m very lucky to have such a caring mother in law who treats me like her own daughter.
"Sejak pregnant, kerap sekali my mother in law buatkan majlis doa selamat for me and my baby. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya," tulis Anzalna.
Di ruangan komen, rata-rata peminat menyifatkan Anzalna sebagai seorang wanita yang bertuah kerana memiliki ibu mentua yang baik.
Netizen turut memuji hubungan baik Anzalna dan ibu mentua serta turut mendoakan agar proses kehamilan Anzalna berjalan lancar.
Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia hamil empat bulan pada awal Januari lalu.