Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod kesembilan iaitu Lailasari Mak Kak Limah pada malam ini.

Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Delimawati sebagai pelakon jemputan yang memegang watak sebagai Lailasari.

Episod kali ini membawa penonton kembali ke zaman 60-an selepas kelahiran Kak Limah dan sejarah hitamnya.

Lailasari, ibu Kak Limah meninggal dunia ketika melahirkannya. Hantu Lailasari sentiasa menghantui penduduk Kampong Pisang sehingga mereka semua ketakutan.

Malah, berita baik untuk peminat setia Kampong Pisang sejagat, anda boleh mendapatkan barangan edisi terhad jenama Kampong Pisang yang direka khas bersama Mamat Khalid.



Hasil kolaborasi bersama @apom.my barangan seperti T-shirt, tote bag, mug dan sticker ada tersedia untuk ditempah di laman apom.my/collections/apom-x-kampung-pisang. Dapatkan segera selagi stok masih ada.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).