Terkini

"Sejujurnya, Saya Memang Tak Selesa Dengan Kehadiran Pengawal Peribadi, Namun..." - Nora Danish

gempak
Zulaikha Yusof
02/05/2019
02:59 MYT
Sponsor Banner
"Sejujurnya, Saya Memang Tak Selesa Dengan Kehadiran Pengawal Peribadi, Namun..." - Nora Danish
Pelakon Nora Danish akui tidak selesa apabila pergerakannya sentiasa ditemani oleh pengawal peribadi.
Menurut Nora, suaminya, Nedim Nazri seorang yang sangat mengambil berat dan sentiasa bimbang tentang keselamatannya.
"Sejujurnya, saya memang tak selesa langsung dengan kehadiran pengawal peribadi.
"Kadang-kadang saya suruh mereka ke belakang sikit atau tunggu sahaja dalam kereta.
"Ada satu hari saya suruh mereka tunggu di dalam kereta sahaja.
"Namun mereka dimarahi oleh Nedim kerana tugas pengawal peribadi adalah sentiasa mengawasi. Kesian juga pada mereka.
"Saya dah biasa tidak memiliki pengawal peribadi. Kalau di lokasi ramai krew yang menjaga.
"Saya cuba terangkan tapi mungkin Nedim terlalu banyak berfikir sehingga dia bimbang apabila saya keluar sendiri. Nedim seorang yang sangat 'protective'.
"Saya tidak pernah ada pengawal peribadi sebelum ini tetapi selepas berkahwin, Nedim gajikan mereka untuk saya," katanya kepada Gempak.
Nora ditemui ketika majlis tayangan perdana program Ramadhan Astro di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.
Tambah pelakon filem Polis Evo ini, dia sudah menerangkan kepada pengawal peribadi jika ada peminat yang ingin bergambar dengannya.
"Saya perasan ada komen-komen peminat yang beritahu mereka takut untuk mendekati saya.
"Saya cakap dengan pengawal peribadi, jika ada peminat ingin bergambar, kena benarkan.
"Saya buat mereka faham keadaan saya," katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Nora muncul dalam drama bersiri Imaan.
Selain Nora, drama Imaan ini turut menampilkan pelakon Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Wan Sharmila, Syamim Farid dan ramai lagi.
Drama Imaan bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (106).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024