Hiburan

"Sekali Engkau Menerimaku, Berjuta Kali Aku Akan Setia Padamu" - Sweetnya Coretan Izzue Islam Buat Isteri

gempak
Amri Hassan
19/12/2018
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Sekali Engkau Menerimaku, Berjuta Kali Aku Akan Setia Padamu" - Sweetnya Coretan Izzue Islam Buat Isteri
Masing-masing punyai cara tersendiri untuk meluahkan apresiasi buat pasangan tercinta.
Bagi Izzue, sepotong lagu akustik dan kapsyen di Instagram buat isteri tercinta, Awin Nurin sudah cukup membuatkan peminatnya turut sama teruja.
"Isteriku, aku tahu bahawa pengorbananmu untukku sangatlah besar!
"Aku tahu bahawa wanita itu selalu menjaga hati orang yang dia sayangi sehingga terkadang hatinya sendiri tersiksa!
"Inilah pengorbanan wanita yang lelaki tak pernah sedar!
"Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan kerana orang ketiga atau kerana sengketa antara kita, tapi berpisah disaat aku tak lagi mampu berdiri dan bernafas untukmu.
"Jangan bimbang wahai isteriku, sekali engkau menerimaku, maka berjuta kali aku akan setia kepadamu," tulis Izzue.
Ucapan istimewa Izzue untuk Awin itu membibitkan rasa cemburu dalam kalangan peminat yang mendambakan lelaki seperti Izzue.
Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 selepas bercinta selama lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live