Pelakon dan pengacara HLive, Yaya Zahir telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Arriz Azim dengan sekali lafaz pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram rasmi HLive, @officialhlive sebentar tadi.

Akaun terbabit berkongsi video pendek merakamkan momen majlis akad nikah pasangan tersebut yang berlangsung hari ini.

“Sekali lafaz, pengacara Hlive @yayazahir selamat diijabkabulkan pagi ini dengan pasangannya @arrizazim. Tahniah Yaya. Loveee teroooxxx! #yayarriz #hlive,” maklum H!Live.

Sekali lafaz, pengacara Hlive @yayazahir selamat diijabkabulkan pagi ini dengan pasangannya @arrizazim Tahniah Yaya. Loveee teroooxxx! #yayarriz #hlive

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut H!Live tidak ketinggalan berkongsi rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Yaya dan Arriz.

“Selamat pengantin baru. Semoga kekal dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Mendapat keberkatan dalm menjalani kehidupn rumah tangga,” komen @fazli348

“So happy for you @yayazahir,” tulis @yna.sahron

BACA: [FOTO] Bakal Berkahwin Esok, Cantik Sungguh Foto Pra Perkahwinan Yaya Zahir... Inspirasi Ala Korea!

Terdahulu, Yaya dan Arriz Azim mengikat tali pertunangan pada 25 Februari lalu.