Setiap orang ada cara masing-masing untuk menghabiskan masa di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ada yang memasak, bersenam, melakukan aktiviti-aktiviti di rumah bersama keluarga dan bermacam cara lagi.

Pelakon jelita Zahida Rafik yang sememangnya sentiasa menjaga bentuk badan pastilah bersenam menjadi pilihan.



Tetapi bila kebosanan, ada sahaja idea yang timbul untuk mengelakkan masa terbuang di samping menghiburkan diri sendiri.

Zahida secara kreatif membuat buaian dengan tali aero yoga di dalam rumahnya sendiri.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Zahida memuat naik videonya sedang berseronok bermain buaian buatan sendiri di dalam rumah.

"Sis enjoying my own moment at home sambil naik buai, sambil makan cake yang my niece bake for me.

"Anyway hope you guys semua doing ok at home. please stay safe, stay home, stay positive. Sending you guys much love," pinta Zahida pada semua.

Video Zahida mendapat pelbagai komen daripada teman artis dan juga peminat-peminatnya.



Zahida pernah popular dengan filem-filem seperti Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta.

Sis enjoying my own moment at home sambil naik buai,sambil makan cake ?yg my niece bake for me?anyway hope u guys semua doing ok at home? pls stay safe, stay home, stay positive, sending u guys much ❤️?? #stayhome

A post shared by zahidarafik (@zahidarafik) on