Sambutan Aidilfitri tahun ini pasti berbeza selepas dua tahun kita tidak dapat meraikan seperti sediakala. Bukan saja dapat pulang ke kampung halaman dan menziarahi sanak saudara serta rakan taulan, hidangan raya juga antara yang dinanti-nantikan ramai.

Bagi menambahkan kegembiraan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jenama ‘syurga’ aiskrim terkenal Crème De La Crème memperkenalkan ais krim ‘Nasi Lemak’.

Menerusi kreativiti dan inovatif mereka, aiskrim ‘Nasi Lemak’ Crème De La Crème itu dihasilkan daripada 100% aiskrim asli. Lebih menarik, pencuci mulut yang lazat ini turut menampilkan jenama sambal kesayangan ramai milik pasangan selebriti terkenal tanah air, Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Schambal.

Bagi Awal Ashaari, kerjasama yang terjalin antara Schambal dan Crème De La Crème sesuatu yang istimewa dan di luar kotak fikiran.

"Sejujurnya tak terfikir pun bagaimana pencuci mulut aiskrim boleh ‘diubah’dan dihasilkan menjadi hidangan nasi lemak yang diakui menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai. Bagi saya ini sesuatu yang hebat dan betul-betul kreatif.

"Apabila cadangan untuk berkolaborasi dengan jenama Schambal kami diberikan, pada saya ia menambahkan lagi keenakan Nasi Lemak Crème De La Crème ini. Nasi lemak tanpa sambal memang tak bermakna, jadi dengan adanya Schambal ini melengkapkan lagi hidangan istimewa ini," katanya.



Jadi, apa tunggu lagi jangan lupa dapatkan sajian istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri, ‘Nasi Lemak’ Crème De La Crème X SCHAMBAL.

Ayam: 63% aiskrim coklat gelap diputar dengan tempe Schambal & disalut dengan susu & coklat putih dan dihiasi dengan empingan jagung panggang.

Nasi: aiskrim kepala dan sorbet kelapa yang dicelup dalam coklat putih

Telur: aiskrim vanilla Madagascar dan sorbet mangga dicelup dengan coklat putih. Lebih menarik dengan hiasan ikan bilis Schambal