Berita
"Sekarang Badan Dah Macam Badak, Padanlah Muka Saya" - Abby Abadi
Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi menjelaskan berat badannya semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Abby mahu mencari seseorang yang boleh membantunya dalam menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram dengan cara yang sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan.
"Nak kurus taknak gemok. Ok. Siapa boleh tolog saya kurangkan 30kg dalam masa sebulan, saya belanja dia pergi Sabah.
"Dengan ketinggian 165 takda la nampak macam saya boyak sangat, tapi saya tak pernah segemuk ni dulu. Bukan sebab beranak wak. Bukan! Dulu lepas bersalin baby besar kita, berat kita masih dalam kawalan tau.
"Siap berjimba sana sini lagi, jeans size 28 lagi hokey. Sekarang je terlebih muatan. Anak pertama sampai anak ketiga, saya berjaya lagi menjaga badan.
"Dua atau tiga tahun kebelakangan ni. Asyik nak makan nasi je kerja, pastu dah tengah-tengah malam, bawak pulak naik teh tarik dan biskut. Saya pantang tengok, Suami tanya je nak sayang. Laju je saya bangun.
"Sekarang badan dah cam badak. Padanlah muka saya. Tolonglah, tapi jangan suruh saya beli ubat/pill pelik-pelik. Saya takut. Makan-makan nanti, keras tetiba, siapa nak jaga anak-anak saya? huhu," tulisnya.
Rata-rata menyokong Abby dalam menurunkan berat badannya dan berharap dia tidak berputus asa untuk mencapai berat yang ideal.
Must-Watch Video