"Sekarang Berada Di Icu, Keadaan Sangat Lemah" - Ku Faridah Alami Masalah Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru & Darah

Rozaimi Zubaidi
Mac 20, 2019 03:59 MYT
Pelakon Senior, Ku Faridah telah dimasukkan ke dalam hospital selepas mengalami masalah jangkitan kuman dalam paru-paru dan darah.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon Sheila Mambo menerusi entri terbaharu Instagram (IG) miliknya.
"Assalamualaikum. Doakan buat Ku Faridah binti Ku Shafie.
"Sekarang berada di icu, keadaan sangat lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan kuman dalam paru, dalam darah.
"Semoga Allah mengangkat segala dosa-dosanya asbab sakit yang ditanggung. Ampunkan dosa mak. SubhanAllah. Syafakillah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Sheila dan mendoakan agar Ku Faridah segera sembuh daripada masalah penyakit yang dialaminya itu.
#pelakon #Sakit #Pelakon #Sakit #Ku Faridah