Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Sekarang Berada Di Icu, Keadaan Sangat Lemah" - Ku Faridah Alami Masalah Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru & Darah

Rozaimi Zubaidi
20/03/2019 03:59 MYT
Pelakon Senior, Ku Faridah telah dimasukkan ke dalam hospital selepas mengalami masalah jangkitan kuman dalam paru-paru dan darah.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon Sheila Mambo menerusi entri terbaharu Instagram (IG) miliknya.

"Assalamualaikum. Doakan buat Ku Faridah binti Ku Shafie.

"Sekarang berada di icu, keadaan sangat lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan kuman dalam paru, dalam darah.

AsSalamualaikum.. Doakan buat Ku Fridah bt Ku Shafie Sekrang berada di icu ,keadaan sgt lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan kuman dlm paru, dlm darah.. Semoga Allah mengangkat segala dosa2 nya asbab sakity g ditanggung. Ampunkan doasa mak. SubhanAllah.. Syafakillah..

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on


"Semoga Allah mengangkat segala dosa-dosanya asbab sakit yang ditanggung. Ampunkan dosa mak. SubhanAllah. Syafakillah," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Sheila dan mendoakan agar Ku Faridah segera sembuh daripada masalah penyakit yang dialaminya itu.
#pelakon #Sakit #Pelakon #Sakit #Ku Faridah
;