"Sekian Lama Aku Tidak Menghambakan Diri Dalam Dunia Penggambaran, Akhirnya... " - Iqram Dinzly Kembali Berlakon

Kamaruddin Razal
Julai 30, 2018 21:39 MYT
Selepas dua tahun tidak berlakon, aktor Iqram Dinzly kini kembali ke set penggambaran.
Iqram berkongsi perkembangan terkininya menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram.
Rata-rata peminat Iqram menyokong penuh kemunculan semula pelakon itu dalam arena seni tempatan.
Netizen juga gembira melihat perubahan yang dilakukan oleh Iqram selepas terpalit dengan beberapa kontroversi beberapa bulan lalu.
Kali terakhir, Iqram membintangi drama bersiri Cinta 11 Syarat yang ditayangkan pada 2016.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Iqram
#pelakon #Pelakon #Iqram Dinzly