"Sekiranya Awak Tanak Teruskan Pertunangan Kita Cakap Awal-Awal .." - Diganggu Individu Yang Menggelar Dirinya Sebagai Tunang, Heliza Helmi Ingin Buat Laporan Polis

Zulaikha Yusof
September 11, 2019 02:51 MYT
Penyanyi Heliza Helmi telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.
Foto tersebut menunjukkan Heliza sedang menziarahi seorang ustaz, Rusydi Al-Jauhari di hospital di samping memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesembuhannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan semoga ustaz tersebut cepat kembali sembuh.
Namun, apa yang lebih menarik adalah kelihatan seorang netizen memperkenalkan dirinya sebagai tunang kepada Heliza.
Individu yang dikenali dengan nama Muhd Safizal itu mendakwa anak perempuannya, Puteri berada di bawah jagaan Heliza.
Heliza tidak berdiam diri malah terus membalas komen tersebut dengan mengatakan akan membuat laporan polis kerana ia sudah keterlaluan.
Rata-rata pengikut Heliza turut tidak berpuas hati dengan individu tersebut malah membuat laporan kepada pihak IG.
Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
#pelakon #Penyanyi #Heliza Helmi #Pelakon #Penyanyi