Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sekitar Ahad: Isteri Shuk Viral Lagi, Dikecam Mandi Guna Air Mineral & Nama Baby Girl Intan Ladyana

Mya Amri
03/04/2022 15:46 MYT
Salam Ramadan, nampaknya hari Ahad sudah pun berlalu. Banyak cerita menarik yang berlaku sepanjang hari ini.

Jom lihat recap di bawah:

1. Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sekali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video di Instagram.

Menerusi video berkenaan, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra menyenaraikan nama-nama individu yang selalu ponteng puasa.

BACA: Lepas Isu Muka Tangmo, Isteri Shuk Viral Lagi! Petik Nama Ponteng Puasa, Netizen Marah; “Fitnah!”


2. Sepotong klip video di TikTok memaparkan aksi seorang remaja lelaki mandi menggunakan berbotol-botol air mineral mengundang pelbagai reaksi netizen.

BACA: Sakan Mandi Guna Air Mineral, Remaja Dikecam Membazir - "Kau Ingat Kau Michael Jackson? Bapa Kau Menang PRN?"


3. Pelakon, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif akhirnya mendedahkan wajah puteri sulung mereka.

Istimewanya lagi, pasangan selebriti ini juga memilih tarikh 1 Ramadan untuk berkongsi nama anak perempuan mereka yang cukup cantik, Evie Khadeeja.

BACA: Evie Khadeeja, Cantiknya Nama Baby Girl Intan Ladyana & Harris Alif


4. Pelakon Anzalna Nasir mengumumkan kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagtamnya, Azalna memaklumkan usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan.

BACA: “Another 'Eid' Baby! Eidrees Bakal Dapat Adik”- Anzalna Nasir Hamil 8 Bulan.



5. Tempoh tiga tahun tidak sedikit pun mematahkan semangat ahli keluarga untuk mencari peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap yang hilang secara misteri.

Malah, abang kepada Acap iaitu Mohd Zahiruddin Hassan sanggup menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM12,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui adiknya sebelum Syawal ini.

BACA: “Sedarlah Ada Ibu Sedang Berduka, Keluarga Bersedih” - Jumpa Acap? Abang Tawar RM12,000 Menjelang…
#Recap #Gempak Recap