Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sekali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video di Instagram.

Menerusi video berkenaan, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra menyenaraikan nama-nama individu yang selalu ponteng puasa.

Antara nama yang tersenarai termasuklah Afif, Danial, Aiman, Zack, Pian dan ramai lagi.

“Esok jangan ponteng puasa pula,” katanya ringkas sebagai kapsyen.

Namun dalam keseronokan Serra menyenaraikan nama-nama berkenaan, kebanyakan netizen tampil mempersoalkan tujuan sebenarnya video tersebut dihasilkan.

Menurut mereka, agak tidak manis untuk menghasilkan video sedemikian rupa.

Malah, ramai yang tidak senang apabila menuduh orang yang tidak berpuasa.

“Sedap je fitnah orang, bulan puasa ni santai-santai je tak payah nak cakap bukan-bukan”.

“Content tak sesuai kenapa nak kata orang tak puasa”.

“Main petik je nama, Shuk puasa penuh tak,” tulis beberapa netizen.



Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

A post shared by ????? ???? ? (@rossa.sera)


Sekadar info, Serra sebelum ini turut diperkatakan ramai apabila menyatakan wajahnya mirip mendiang aktres Thailand Tangmo Nida.

Menerusi platform TikTok, Serra berkongsi sebuah video penampilan terbarunya yang kelihatan langsing berjubah untuk tatapan umum.

BACA: “Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras Tangmo” - Isteri Shuk Sahar