Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Sekumpulan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen Gara-Gara Berkelah Sakan Di Jewel Changi Airport

Gempak
15/04/2024 06:55 MYT

Sejak dibuka kepada umum, Jewel Changi Airport merupakan antara tarikan menarik di Singapura, lebih-lebih lagi kepada pelancong yang bercuti ke negara itu.

Merupakan kompleks yang mempunyai pelbagai tarikan seperti kedai jualan dan juga restoran, Jewel Changi Airport turut dikenali dengan rekaan landskap yang cantik dan menarik.

Justeru, tidak hairan jika kebanyakan pengunjung kerap mengambil gambar di pelbagai lokasi di Jewel Changi Airport untuk dikongsikan di media sosial atau sekadar untuk simpanan kenang-kenangan.

Makan santai

Namun, lain pula kisahnya dengan sekumpulan wanita pertengahan usia yang menjadikan Jewel Changi Aiport sebagai lokasi untuk menikmati makanan.

Menerusi sepotong video yang tular di media sosial, kelompok wanita yang dipercayai pertengahan usia itu dilihat menikmati makanan beralaskan tikar, siap lauk pauk yang di susun persis sedang berkelah.

Meninjau ruangan kapsyen, kelompok wanita itu didakwa warga Indonesia.

“Memang luar biasa, di manapun berada, masih adakan lesehan dan makan bersama-sama” tulis tuan empunya video di ruangan kapsyen TikTok.

Komen netizen

Sementara itu, pelbagai komen ditinggalkan oleh wargamaya, rata-rata terkejut dengan apa yang mereka saksikan.





Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Macam Airport Changi, Seni Bina Universiti Teknologi Sarawak Tular. Cantiknya!

ARTIKEL BERKAITAN: "Bodoh Jenis Apa…” - Netizen Geram Tengok Sekumpulan Individu Berkelah Dekat Kubur, Siap Bawa Speaker & Makan-Makan

#Indonesia #Berkelah #Jewel Changi Airport #Lesehan #Waniter Pertengahan Usia