Laman Utama

“Selagi Saya Ada Daya…” - Muat Naik Status Membimbangkan, Elyana Akhirnya Perjelas Situasi Sebenar!

gempak
Hanafis Haris
24/08/2021
23:17 MYT
Sponsor Banner
“Selagi Saya Ada Daya…” - Muat Naik Status Membimbangkan, Elyana Akhirnya Perjelas Situasi Sebenar!

Penyanyi Elyana tampil menjelaskan situasi sebenar dihadapinya selepas memuat naik beberapa posting di Instagram yang membimbangkan ramai pihak.

Menerusi Instagram Story, Elyana menjelaskan dia kini dalam keadaan baik dan masih bertahan.

“Terima kasih semua sudi mendoakan saya, mesej saya, komen bagi kata-kata semangat.

“Jangan risau saya ok, Alhamdulillah sakit memang sakit, setiap hari sakit.

“Selagi saya ada daya, saya bertahan ok,” katanya.

Jelasnya, dia juga memohon orang ramai mendoakannya supaya diberi kekuatan dan semangat.

“Doakan moga saya diberi kekuatan dan tenaga luar biasa untuk teruskan kehidupan. Untuk gembirakan orang sekeliling.

“Korang pun kena senyum, kena fight untuk kegembiraan korang ok,” katanya.

Terdahulu, bait-bait lagu berjudul Sepi yang dicoretkan penyanyi Elyana di akaun Instagram menyentuh hati para pengikutnya.

Tidak hanya coretan, malah Elyana juga turut membuat luahan hati menerusi posting di ruangan Instagram Story miliknya semalam.

BACA : “Bahagian Tubuh Mana Yang Tak Sakit? 10 Tahun Semua Sakit…” – Elyana Harap Diberi Peluang Sihat

Sekadar info, Elyana sebelum ini memaklumkan nekad menjalani rawatan radioterapi untuk kesembuhan penyakit kanser dialami.

Elyana juga memberitahu perlu melakukan rawatan radioterapi sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan semakin merosot.

Malah, pelantun lagu Kalis Rindu ini juga pernah membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017.

Untuk makluman, Elyana dan suaminya Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024