"Selagi Tak Tidur Setilam, Tak Duduk Sebumbung, Selagi Itulah Tak Kenal Kita" - Che Ta Pot Pet Dedah Ramai Rakan Artis Menjauh
Amri Hassan
06/11/2024 10:08 MYT
06/11/2024 10:08 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Pulau Pinang, Che Ta Pot Pet mendedahkan ramai rakan selebriti mula menjauhkan diri darinya selepas perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak bertahun-tahun lalu ditimpa ujian.
"Saya kenal ramai artis tapi apabila ditimpa ujian dalam perniagaan ramai yang menjauhkan diri dan bermuka-muka. Tapi saya okey saja sebab kawan yang sanggup susah senang, dialah yang perlu dijaga.
"Misalnya Ifa Raziah (penyanyi) dia tetap setia bersama saya walaupun macam-macam dugaan saya tempoh untuk beberapa tahun ini.
"Dia selalu ada apabila saya nak meluahkan masalah yang sedang dihadapi. Kata-kata positif daripada rakan-rakan ini sangat diperlukan untuk menyuntik semangat dan kembali bangkit," katanya kepada Gempak.
Ulas Che Ta lagi, dia juga tidak pernah mengambil hati dengan sikap segelintir artis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas untuk berkawan.
"Biasalah bila kita ditimpa ujian ni, mereka tak kenal kita pun. Selagi mereka tak tidur setilam, tak duduk sebumbung, selagi itulah mereka tak kenal kita. Ibaratnya bila kita berkahwin dengan seseorang baru kita tahu sikap sebenarnya
"Jangan terlalu mudah menilai dan menuding seseorang daripada mulut orang lain. Kadang-kadang orang suka bercerita, sebab orang nak dengar, itulah lumrah manusia... Maksudnya itulah istimewanya kita," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Che Ta kini dalam proses untuk mengeluarkan single terbaharu dan mini album.
BERITA TRENDING: Bergelar Usahawan, Penyanyi & Pelakon, Che Ta Pot Pet Dilabel Tamak? - “Saya Ingin Jadi Serba Boleh, Bukan…”
Jelas Che Ta atau nama sebenarnya Rozia Baharom, dia bagaimanapun enggan mengambil pusing dan lebih mensyukuri kelompok sahabat yang masih setia bersamanya ketika ini."Saya kenal ramai artis tapi apabila ditimpa ujian dalam perniagaan ramai yang menjauhkan diri dan bermuka-muka. Tapi saya okey saja sebab kawan yang sanggup susah senang, dialah yang perlu dijaga.
"Misalnya Ifa Raziah (penyanyi) dia tetap setia bersama saya walaupun macam-macam dugaan saya tempoh untuk beberapa tahun ini.
"Dia selalu ada apabila saya nak meluahkan masalah yang sedang dihadapi. Kata-kata positif daripada rakan-rakan ini sangat diperlukan untuk menyuntik semangat dan kembali bangkit," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: "Saya Boleh Menyanyi & Ada Suara" - Che Ta Pot Pet Tak Autotune, Dah 10 Tahun Sebenarnya Jadi Penyanyi
Che Ta ditemui pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 dan pelancaran set kosmetik Secret Desire yang berwajah baharu baru-baru ini di Kuala Lumpur baru-baru ini.Ulas Che Ta lagi, dia juga tidak pernah mengambil hati dengan sikap segelintir artis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas untuk berkawan.