Selepas bergelar usahawan dan penyanyi, Che Ta Pot Pet memaklumkan dia kini menjinakkan diri dalam bidang lakonan pula.

Bagaimana pun, kata Che Ta Pot Pet, dia enggan dilabelkan sebagai seorang yang tamak disebabkan hal tersebut. Sebaliknya menjelaskan dia seorang manusia yang serba boleh.

“Saya memang ingin menjadi seorang yang multitasking (serba boleh). Saya mahu jadi usahawan, penyanyi dan terbaharu berlakon pula.

“Saya sejenis yang suka explore apa lagi yang boleh saya buat dan cari duit banyak-banyak. Saya bukan tamak, saya buat macam-macam kerjaya kerana itu adalah minat saya.

“Jika ada yang tahu, sebelum bergelar seorang usahawan, saya seorang penyanyi kelab dalam masa sama make up artis juga.

“Memang sedia serba boleh, bukan hidup-hidup jadi usahawan untuk kejar macam-macam, itu bukan diri saya. Saya tidak mahu ikut orang atau trend semasa.

“Tak famous pun tidak mengapa cukup orang kenal saya,” katanya kepada Gempak.

Che Ta Pot Pet memulakan kemunculan sulungnya sebagai pelakon menerusi drama Dendam Hantu Latah yang disiarkan di saluran Astro Warna.

A post shared by ?Founder of Secret Desire (@chetapotpet_sdfounder)

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, usahawan berusia 36 tahun ini berkata dia juga akan muncul dengan lagu terbaharu berjudul Sayang Aku Masih Mahu selain sebuah lagu hari raya.

“Saya juga akan keluarkan satu lagi lagu baru berjudul Sayang Aku Masih Mahu. Lagu itu merupakan ciptaan komposer yang sama untuk single saya yang sebelum ini iaitu Aepul Roza.

“Untuk muzik video lagu itu, saya akan jemput beberapa selebriti terkenal antaranya Yasin Senario dan TikTokers terkenal termasuk Ryan Bakery, Wanchai dan ramai lagi.

“Saya juga akan keluarkan sebuah lagu raya untuk tahun ini dan akan berduet seseorang yang saya tidak boleh dedahkan lagi siapa gandingan tersebut. Nama gandingan saya itu cukup dikenali dan seorang yang sangat popular, dia sering buat hal.

“Harapan saya untuk dua-dua lagu baru, saya akan buat road tour satu Malaysia. Sebab dalam masa untuk promosikan juga produk-produk saya. Itulah peluang saya sebagai usahawan untuk digunakan,” tambahnya.