Berita

"Selagi Tiada Apa-Apa Kepastian, Lebih Baik Saya Kunci Mulut. Biar Aidil Jawab" - Fasha Sandha

Rozaimi Zubaidi
16/07/2018
02:29 MYT
Aktres drama bersiri Lara Aishah, Fasha Sandha mengakui menjalinkan hubungan istimewa bersama dengan bersama pelakon, Aidil Aziz.
Menurut Fasha, dia selesa berkawan rapat dengan Aidil namun menyerahkan kepada pelakon itu untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.
"Saya selesa berkawan rapat dengan Aidil kerana kesederhanaan yang ada pada dirinya.
"Namun jika ditanya lebih lanjut mengenai perancangan hubungan kami ini, ia lebih baik diajukan pada Aidil kerana tidak manis saya sebagai seorang wanita untuk menjawabnya.
"Selagi tiada apa-apa kepastian, lebih baik saya mengunci mulut dan tidak berkongsi apa-apa perkara kepada umum.
"Apa yang saya boleh katakan kedua-dua belah keluarga tahu kami berkawan rapat dan saya selesa berkawan dengan Aidil kerana saya boleh menjadi diri sendiri tanpa terikat dengan sebarang peraturan," katanya kepada Gempak.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini.
Teks: Rozaimi Zubaidi Foto: Instagram Fasha
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.