Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Selagi Tidak Menaikkan Kemarahan Suami Saya..."- Nora Danish Ulas Lambakan Video Lucah Miripnya Tersebar

Zulaikha Yusof
27/03/2019 04:58 MYT
Aktres cantik, Nora Danish mendedahkan bukan sahaja terpalit dengan dakwaan foto sedang berbogel malah lambakan video lucah yang dikatakan miliknya.

Menurut Nora, dia akan bersabar selagi tidak menaikkan kemarahan suaminya, Nedim Nazri Aziz.

"Sebenarnya bukan itu sahaja, jika tulis nama Nora Danish di Twitter akan kelihatan video-video lucah.

"Bagi saya, gambar itu tidak seteruk dengan video lucah yang dikatakan saya itu.

"Biarlah dengan apa yang mereka ingin lakukan. Selagi tidak menaikkan kemarahan suami saya, saya bersabar," katanya kepada Gempak.

Nora ditemui ketika majlis pelancaran kolaborasi istimewa Jovian X Oh Most Wanted di JStore, Shah Alam baru-baru ini.

Tambah pelakon filem Polis Evo ini dia tidak berasa takut dengan isu tersebut memandangkan itu bukan dirinya.

"Kalau betul saya yang ambil gambar dan ada 'reflection", semestinya saya akan memohon maaf.

"Saya membuat kesilapan, bukannya saya sengaja kongsi tetapi itu bukan saya.

"Saya tak tahu nak cakap apa, sebab itu saya tidak ingin komen serta menyokong orang yang telah memfitnah diri saya.

"Itu bukan diri saya dan kenapa perlu saya takut," katanya lagi.

Terdahulu, Nora terpalit dengan dakwaan foto menampakkan refleksi tubuh seorang wanita sedang berbogel yang dikatakan diambil menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.
#pelakon #Nora Danish #Pelakon
;