Selain Dicekik, Adik Zayn Turut Alami Kecederaan Untuk ‘Pertahankan Diri’
Izwan Isa
08/12/2023 00:55 MYT
08/12/2023 00:55 MYT
Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin maut dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.
"Apa yang pasti kematian mangsa bukan akibat lemas di lokasi kejadian tetapi dicekik selain luka lain yang dialaminya untuk mempertahankan diri.
"Untuk menjaga maruah arwah dan keluarga setakat itu sahaja saya boleh cakap," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemui.
"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mati di lokasi dia ditemui, namun mungkin mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
"Kami masih menjalankan siasatan berkemungkinan suspek terdiri daripada penduduk setempat, kami masih melihat perkara itu," katanya.
Jelas beliau, lokasi penemuan mangsa juga dipercayai tidak selalu dikunjungi orang ramai.
"Berkemungkinan suspek yang terlibat ini tahu tentang lokasi berkenaan, jadi siasatan kita akan jalankan semula di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Shuhaily berkata, orang ramai diminta agar menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
"Saya merayu kepada masyarakat setempat sekiranya mereka ada sebarang maklumat, datanglah kepada pihak polis, beri kerjasama untuk kita merungkai jenayah ini.
"Pihak polis memandang serius jenayah kejam ini dan akan berusaha menjejaki suspek terlibat," katanya.
Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: Sinar Harian
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.
BERITA TRENDING: Leher Zayn Rayyan Ada Kesan Cedera, Rakyat Malaysia Doa Pelaku Ditangkap
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan mendapati mangsa dipercayai dicekik berdasarkan kesan kecederaan konsisten pada leher."Apa yang pasti kematian mangsa bukan akibat lemas di lokasi kejadian tetapi dicekik selain luka lain yang dialaminya untuk mempertahankan diri.
"Untuk menjaga maruah arwah dan keluarga setakat itu sahaja saya boleh cakap," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemui.
"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mati di lokasi dia ditemui, namun mungkin mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
"Kami masih menjalankan siasatan berkemungkinan suspek terdiri daripada penduduk setempat, kami masih melihat perkara itu," katanya.
Jelas beliau, lokasi penemuan mangsa juga dipercayai tidak selalu dikunjungi orang ramai.
"Berkemungkinan suspek yang terlibat ini tahu tentang lokasi berkenaan, jadi siasatan kita akan jalankan semula di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Shuhaily berkata, orang ramai diminta agar menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
"Saya merayu kepada masyarakat setempat sekiranya mereka ada sebarang maklumat, datanglah kepada pihak polis, beri kerjasama untuk kita merungkai jenayah ini.
"Pihak polis memandang serius jenayah kejam ini dan akan berusaha menjejaki suspek terlibat," katanya.
BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh
Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: Sinar Harian