Kecoh di platform TikTok apabila ada netizen yang ‘busy body’ bertanyakan soalan ‘panas’ kepada penyanyi nasyid Suhaimi Saad.

Menerusi sebuah video dimuat naik Suhaimi semalam, netizen tersebut bertanyakan bagaimana penyanyi itu mencari pendapatan atau keluar bekerja.

“Tak kerja, makan duit bini ke,” tulis individu berkenaan.

Enggan isu itu diperbesarkan, Suhaimi kemudian menjelaskan dia sebenarnya mempunyai banyak sumber pendapatan.

Menurutnya, biarpun jumlah itu tidak besar, namun ia masih mampu menampung pembelanjaan isteri dan anak-anak.

"Kalau korang pergi dekat Google, taip Suhaimi Saad akan keluar gambar SS dan tulis penyanyi.

“Alhamdulillah saya dah menyanyi dari 2000 hingga sekarang. Ada lebih 10 buah album termasuk bersama In-Team dan solo serta kompilasi.

"Setiap lagu diputarkan di radio, TV, pusat karaoke dan sebagainya akan ada pihak kutip royalti dan bayar.

"Royalti ini dibayar secara tahunan, dua kali setahun. Tak ada la sampai ratusan ribu tapi kalau kita pandai berjimat Insya-Allah cukup untuk beberapa bulan.

"Kalau SS meninggal dunia nanti, royalti ini akan bayar kepada waris iaitu Ina Naim dan anak-anak,” katanya.

Tambahnya, dia juga melakukan beberapa pekerjaan termasuk membuat kelas mengaji Al-quran serta memberikan khidmat urutan dan perniagaan secara talian bersama isteri.

"Untuk mingguan, saya mengajar anak-anak mula dari Ahad hingga Khamis. Jadi Jumaat dan Sabtu cuti. Bila cuti, saya buat khidmat urut.

Sekadar info, Suhaimi berkahwin pada pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.