Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari jadi kepada aktres Sharifah Sakinah.

Menariknya, ucapan Sherry yang sedikit berbeza dan agak lucu itu menarik perhatian pengikutnya.

Selain ucapan, Sherry juga turut memuat naik foto bersama Sakinah.

“Happy birthday @sharifah_sakinah. Dalam ig dia selalu post makan sayur, makan bawang putih manakalaaaa… Apa yang ko pegang tu?

“Semoga terus sukses, murah rezeki dan di panjangkan usia dan dapat anak lagi. Jadi lah anak buah yang selalu membantu makciknya dalam kesusahan, dan dalam kelaparan.

“Akur perintah makcik mu ini. Janganlah down bila makcikmu mengkritik hasil lukisanmu. Aku inginkan terbaik dari kamu… Cuba dan terus mencuba… Usaha tangga kejayaan. Happy birthday,” tulisnya di akaun Instagram semalam.

Happy birthday @sharifah_sakinah . Dalam ig dia selalu post makan sayur, makan bawang putih ? manakalaaaa.... apa yg ko pegang tu??? semoga terus sukses, murah rezeki dan di panjangkan usia dan dapat anak lagi. Jadi lah anak buah yang selalu membantu makciknya dalam kesusahan, dan dalam kelaparan. akur perintah makcikmu ini. Janganlah down bila makcikmu mengkritik hasil lukisanmu. aku inginkan terbaik dari kamu.. cuba dan terus mencuba..Usaha tangga kejayaan. Happy birthday ❤️

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya geli hati dengan ucapan tersebut.

“Ucapan yang rare dari makcik kepada anak buah,” tulis @zulinsherryfamily

“@sherry_alhadad hahaha kejam eh. Dalam wish tu smpat je mengene,” komen @iqbaljalalofficial

Terdahulu, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al mula dikenali menerusi telefilem Sutun pada tahun 2006.

Foto: Instagram @sherry_alhadad