HIBURAN
Selalu Stress & Lupa Makan, Dayana Roza Alami Jangkitan Dalam Perut - “Melecet Hampir Jadi Ulser”
Gara-gara tidak menjaga kesihatan dan kerap tidak makan mengikut waktu, pelakon Dayana Roza mengalami jangkitan serius dalam perut yang hampir menjadi ulser.
Seminggu di hospital
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon drama Dia Bukan Syurga ini berkata dia dirawat di sebuah pusat perubatan selama hampir seminggu.
“Saya telah bergelut dengan kehidupan secara senyap sejak tahun lalu. Abaikan diri, selalu stress, kadang lupa makan.
“Saya lima hari di hospital… perut teruk, dah melecet hampir jadi ulser,” kongsi Dayana.
Utamakan kesihatan
Pada perkongsian yang sama, Dayana memberitahu dia mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku pada dirinya dan mahu mengutamakan kesihatan selepas ini.
“Kesihatan mental dan fizikal adalah penting. Tolong jangan tunggu sehingga badan anda rosak. Mulai sekarang, saya pilih saya.
“Saya akan kembali lebih kuat dan menyayangi diri saya lebih daripada yang lain. Kali ini, saya mengutamakan diri sendiri,” katanya lagi.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan agar pelakon itu diberikan kesembuhan dengan cepat.
Must-Watch Video