“Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong
Mya Amri
11/10/2024 12:55 MYT
11/10/2024 12:55 MYT
Pengarah, Erma Fatima memberikan kata-kata semangat buat pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong yang kini berdepan dengan konflik rumah tangga.
Emma menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata tiada gunanya buat seorang suami mempertahankan cinta yang telah dikhianati oleh isteri.
“Maka menangislah sepuasmu dan adukan hanya padaNYA kerana dia maha tahu apa yg terbaik buat kamu. Insya-Allah, pasti ada yang lebih baik Allah gantikan buat kamu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Erma juga turut memberikan pendapatnya mengenai dakwaan isteri Baim pernah berlaku curang sebelum ini.
Terdahulu, Baim mengesahkan dirinya telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven pada Isnin di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia.
Baim sebelum ini mendakwa isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri.
Bagaimanapun, Baim memaklumkan dirinya enggan menyimpan dendam terhadap perbuatan tersebut.
Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.
Tiada guna pertahan cinta yang telah dikhianati
Emma menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata tiada gunanya buat seorang suami mempertahankan cinta yang telah dikhianati oleh isteri.
“Tidak mengapa Baim Wong anakku, lepaskan sahaja. Tidak ada gunanya mempertahankan cinta yang dikhianati.
“Ada yang lebih besar harganya iaitu Maruah. Simpan sahaja kesakitanmu. Kenangan manis mahupun pahit kerana ketika kamu akad, janji kamu pada Allah bukan pada dunia.
“Maka menangislah sepuasmu dan adukan hanya padaNYA kerana dia maha tahu apa yg terbaik buat kamu. Insya-Allah, pasti ada yang lebih baik Allah gantikan buat kamu,” tulisnya.
Zaman sekarang isteri pun ada yang curang
Dalam pada itu, Erma juga turut memberikan pendapatnya mengenai dakwaan isteri Baim pernah berlaku curang sebelum ini.
“Hmm sudah tentu orang tak percaya pada Baim kan? Bila bab curang ni selalunya kita salahkan lelaki tapi tak pelik dekat zaman sekarang ni kalau isteri pun banyak yang dah curang,” luahnya.
Terdahulu, Baim mengesahkan dirinya telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven pada Isnin di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia.
Baim sebelum ini mendakwa isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN:Baim Wong Dakwa Dicurangi Isteri, Paula Verhoeven Balas Ceramah: “Tenang Saja…”
ARTIKEL BERKAITAN:Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Hanya Bertahan 6 Tahun, Baim Wong Failkan Cerai Terhadap Paula Verhoeven
ARTIKEL BERKAITAN:Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah
ARTIKEL BERKAITAN:Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?