Hiburan
"Selama Daddy Hidup 31 Tahun Tak Pernah Masuk Ambulans .." - Alami Demam Panas, Anak Fizi Ali & Shakilla Khoriri Masuk Hospital
Anak kepada aktres Shakilla Khoriri, Ameena Sofia dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam.
Menurut Shakilla, Ameena dimasukkan ke hospital akibat demam panas selain badannya dinaiki bintik merah.
"Sejuk tangan kaki bila demam @ameenasofia_ tiba-tiba tinggi semalam berserta bintik-bintik merah seluruh badan. Allah gelap pandangan.
"Doa aku satu, tukar. Biar semua sakit yang dia tanggung tu pada aku. Jangan dia. Walau sebesar kuman," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Di samping itu, menerusi IG penyampai radio, Fizi berkongsi sebuah rakaman video Ameena dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Selama daddy hidup 31 tahun tak pernah masuk ambulance..Ni awak kecik-kecik lagi dah masuk..Kesiannya awak sayang," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat mendoakan agar Ameena kembali sihat seperti biasa.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang bayi perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 10 bulan.
Must-Watch Video