Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Selama Ini Memang Saya Suka Karaoke..” - Tak Tolak Jadi Penyanyi, Adriana Adnan Pergi Kelas Vokal -

Umirah Halim
23/09/2024 12:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan tidak menolak untuk bergelar penyanyi sekiranya diberikan peluang.

Tak tolak jadi penyanyi

Katanya, hasrat itu timbul apabila terlibat dalam sebuah projek menyanyikan runut bunyi rasmi montaj pembukaan rancangan kelolaannya, Tiga Is3, bersama Uyaina Arshad dan Syamim Freida.

“Sebenarnya idea ini datang daripada Uyaina yang cadangkan kami nyanyi lagu montaj pembukaan. Pihak pengurusan, FYP Media pun menyambut baik dan sokong idea itu.

BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti

BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan


“Saya pun sedar diri, tidaklah pandai sangat bernyanyi. Oleh itu saya ke kelas vokal untuk pastikan lagu bertajuk Permata yang dirakam itu sedap didengar. Waktu sesi rakaman pun cikgu vokal hadir sekali.

“Saya tidak sangka pula dekat Instagram ramai yang komen terhibur dengar saya bernyanyi. Selama ini memang saya suka nyanyi karaoke, tapi ini adalah kali pertama saya bernyanyi di khalayak ramai,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media program Tiga Is3, di restoran The Majapahit, pada Jumaat.

Tak mahu berlawan

Bagaimanapun, menurut bekes pengacara program Hlive itu lagi, dia tidak berhasrat mahu ‘berlawan’ dengan mana-mana artis sebaliknya hanya mahu membawakan lagu santai dan ceria.

“Alang-alang sudah di bawah pengurusan ini, saya okay sahaja bergelar penyanyi asalkan lagunya sesuai dengan rentak santai.

BERITA TRENDING: Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef

BERITA TRENDING: Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen


“Saya bukanlah mahu bertanding dengan mana-mana penyanyi, sekadar mengisi ruang dan kekosongan dalam industri,” jelasnya.

Sekadar info, Program Tiga Is3 merupakan sebuah siri perbincangan mengenai topik seputar kekeluargaan dan cabaran menjadi isteri.

Program Tiga Is3 akan ditayangkan menerusi YouTube FYP Media setiap Ahad.

#Karaoke #Vokal #Kelas #Nyanyi #Adriana #Adnan